Pengambilan Pelajar Terminal Sejahtera (Bintulu) Tahun 2013


BINTULU: Terminal Sejahtera ialah pusat pembelajaran percuma yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk anak-anak dan keluarga berpendapatan rendah.

Terminal Sejahtera mempunyai makmal komputer yang membolehkan para pelajar mendapat tuisyen secara atas talian (online-tutition) di luar waktu sekolah.

Permohonan kini dibuka kepada pelajar-pelajar yang layak dan berminat untuk mengikuti program-program yang akan dijalankan di Terminal Sejahtera.

Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk mengikuti program-program pendidikan disamping mendapat akses percuma sistem ulangkaji online ‘Score A’ serta kemudahan-kemudahan pembelajaran di Terminal Sejahtera.

 

Syarat-syarat kelayakan permohonan pelajar Terminal Sejahtera.

1. Warganegara Malaysia menetap dalam kawasan bahagian Bintulu

2. Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan

3. Hanya terbuka kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2013 (Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi tahun 2013)

4. Keutamaan kepada pelajar yang tidak mempunyai komitmen lain selepas waktu sekolah dan menetap berdekatan dengan Terminal Sejahtera.

5. Pelajar yang menetap di asrama tidak digalakkan memohon

 

Para pelajar yang berminat dikehendaki datang ke pejabat Lembaga Kemajuan Bintulu atau datang terus ke Terminal Sejahtera BDA untuk mengambil Borang E-Tuisyen dengan membawa dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan/ surat beranak ibu-bapa, anak-anak
  2. Slip gaji/ pengesahan pendapatan terkini ibu-bapa dan ahli isu rumah yang bekerja
  3. Kad JKM, surat kematian, surat doctor atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

 

E-Tuisyen bagi tahun 2013 bermula seawal 15 November 2012 sehingga tamat peperiksaan atau selewat-lewatnya pada 15 November 2013.

Terminal Sejahtera, Lembaga Kemajuan Bintulu, Tingkat 1, No.163 &164 Lot 7785 &7786, Assyakirin Commerce Square, Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu.

Tel: 086-331051

Lembaga Kemajuan Bintulu, Seksyen Kemiskinan, Np.1, Wisma Bintulu, Jalan Tanjung Kidurong, 97000 Bintulu.

Tel: 086-332011

Masa Operasi:

Isnin-Khamis – 9am-12pm, 2pm-5pm, 6pm-10pm

Jumaat – 9am-11.30pm, 2.15pm-5pm, 6pm-10pm

Sabtu-Ahad – 9am-12pm, 2pm-5pm, 6pm-10pm

Advertisements

About bintuluonline

News Updates

Posted on August 29, 2012, in Academic, Community and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: